Anak Soleh Ibadah & Leadership Camp 2008

Posted by IC NORTHERN / Category:


Kem anak soleh dan kepimpinan anjuran Ilham Centre telah masuk tahun yang kelima pada tahun ini menawarkan pakej yang lebih baik dan berlainan daripada tahun-tahun yang lepas.
Atas rangsangan dan permintaan yang menggalakkan daripada peserta-peserta dan ibubapa yang telah menghantar anak-anak menyertai kem ini pada sesi lepas, kami Ilham Centre sekali lagi menganjurkan kem ini demi untuk kebaikan masa depan anak-anak dan generasi yang bakal menerajui negara ini kelak.
Kem pada tahun ini akan diadakan di Kem Sri Raudhah, Gombak Selangor. Pendaftaran hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 15 DISEMBER 2008. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar berumur dari 7 hingga 17 tahun.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi wakil kami En Zamri (012-3191230)

0 comments:

Post a Comment