Anak Soleh Ibadah & Leadership Camp 2008

Posted by IC NORTHERN / Category:


Kem anak soleh dan kepimpinan anjuran Ilham Centre telah masuk tahun yang kelima pada tahun ini menawarkan pakej yang lebih baik dan berlainan daripada tahun-tahun yang lepas.
Atas rangsangan dan permintaan yang menggalakkan daripada peserta-peserta dan ibubapa yang telah menghantar anak-anak menyertai kem ini pada sesi lepas, kami Ilham Centre sekali lagi menganjurkan kem ini demi untuk kebaikan masa depan anak-anak dan generasi yang bakal menerajui negara ini kelak.
Kem pada tahun ini akan diadakan di Kem Sri Raudhah, Gombak Selangor. Pendaftaran hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 15 DISEMBER 2008. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar berumur dari 7 hingga 17 tahun.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi wakil kami En Zamri (012-3191230)

Mari Mengaji Al-Quran

Posted by IC NORTHERN / Category:

Klik di poster untuk paparan lebih besar

APAKAH MENTAL ARITMETIK?

Posted by IC NORTHERN / Category:




Pendaftaran kali ketiga bagi tahun 2008 ini akan diadakan pada pertengahan Ogos 2008. Nantikan pengumumannya


APAKAH MENTAL ARITMETIK?

Program Mental Arithmetic ini merupakan satu teknik pengiraan cepat dan pantas menggunakan minda melalui penggunaan abakus dan jari yang di aplikasi ke dalam subjek matematik. Para pelajar akan dibimbing agar dapat mengira dengan pantas dan tepat dengan menggunakan jari dan kuasa minda mereka seperti ingatan, hafalan, meningkatkan tumpuan, kuasa menganalisa, pemerhatian, budaya mencontohi, berfikiran logik, latih tubi dan tindak balas.

TAHAP / LEVEL
Program Mental Arithmetik ini mempunyai lima (5) peringkat / tahap pencapaian
yuran sebanyak RM 50.00 sebulan dikenakan ke atas setiap pelajar yang mengikuti program ini dengan jayanya.
Peringkat pembelajaran adalah seperti berikut :-


Ø Level 1 : Introduction to Abacus and Mental Arithmetic
Ø Level 2 : Abacus and Mental Arithmetic (+ , - , 1-99)
Ø Level 3 : Abacus and Mental Arithmetic (+ , - , 1-9999)
Ø Level 4 : Advanced for Abacus and Mental Arithmetic(× , ÷ , 1-9999)
Ø Level 5 : Advanced for Mental Arithmetic



Seminar UPSR, PMR, dan SPM PERCUMA!!!

Posted by IC NORTHERN / Category:

Assalamualaikum, semua.
Kami akan mengadakan seminar peperiksaan bagi UPSR, PMR dan SPM secara PERCUMA pada 21 Jun 2008.
Masa, tempat dan maklumat lain akan kami up date dari masa ke semasa.
Jangan lepaskan peluang ini!

Bijak Masa!

Posted by IC NORTHERN / Category:

Uruskan Masa dengan BIJAK. MANFAATKAN setiap DETIK WAKTU YANG BERBAKI

1.Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
13.Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
15. Masa sebelum pulang (Lewatkan pulang buat kerja rumah)
16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
19. Masa rehat selepas makan malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)